Friday, November 16, 2007

PELUANG MENDAPATKAN LATIHAN DAN BIMBINGAN KEUSAHAWANAN


INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN )

Ditubuhkan pada 2005 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), INSKEN berfungsi sebagai pusat sehenti bagi para usahawan dan bakal usahawan. Institut ini menyediakan perkhidmatan khusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), risikan pasaran (market intelligence), kaunseling, jaringan dan latihan langsung dalam industri untuk mereka yang sedang merancang untuk menjadi usahawan mahupun yang sudah bergelar usahawan.



PROGRAM-PROGRAM INSKEN



a. Program Pembudayaan


Program ini adalah untuk menerapkan budaya keusahawanan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti dan juga masyarakat umum melalui aktiviti seperti program motivasi, latihan, bengkel dan juga melalui media elektronik. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :


I. Program Usahawan Junior


II. Program Usahawan Muda


III. Program Keusahawanan Siswa


IV. Program Pembudayaan Keusahawanan Umum



b. Program Pengenalan Keusahawanan


Memberikan pendedahan asas keusahawanan kepada bakal usahawan melalui latihan bagi memulakan perniagaan. Selain itu latihan pengukuhan juga diberikan bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perniagaan usahawan sedia ada. Aktiviti yang dijalankan di bawah program pengenalan adalah seperti berikut :


I. Latihan Asas Perniagaan


II. Latihan Galakan Perniagaan (Kakitangan Kerajaan)


III. Skim Usahawan Siswazah (SUS)



c. Program Peningkatan Keusahawanan


Memberikan latihan kemahiran secara berterusan kepada usahawan sedia ada untuk mengukuh dan meningkatkan lagi perniagaan. Selain daripada kursus, program ini juga akan menganjurkan bengkel, seminar untuk usahawan menambahkan ilmu dan kemahiran. Kursus-kursus yang dianjurkan adalah seperti berikut :


I. Kursus Pengurusan Kewangan Strategik


II. Kursus Pemasaran


III. Kursus Usahawan Pemasar


IV. Bengkel Teknologi Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan


V. Latihan Hands-On/ Berpakej Dalam Bidang:


- Dobi, - Kek dan Pastri, - Restoran dan Katering,


- Mini Heath SPA & Beauty Saloon



d. Program Pengembangan dan Jaringan


Membangunkan Rangkaian Kerjasama dengan lain-lain Kementerian & agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, persatuan perdagangan perindustrian, badan bukan kerajaan, agensi-agensi penyedia latihan dan tokoh-tokoh usahawan bagi membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan melalui jalinan networking antara mereka.



e. Program Penyelidikan dan Pembangunan


Memantapkan program latihan keusahawanan melalui aktiviti seperti kajian, penyelidikan dan analisa keperluan latihan. Selain itu ia bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan baru dan berpotensi melalui aktiviti risikan pasaran dan sebagainya.



f. Program Pembangunan Kurikulum


Membangunkan kurikulum keusahawanan yang bersepadu dan memenuhi piawaian pensijilan yang diiktiraf untuk digunapakai oleh semua agensi kerajaan dan institusi latihan keusahawanan. g. Program Khidmat Nasihat dan Rujukan Keusahawanan
Memberi bimbingan dan menyediakan pusat rujukan keusahawanan bagi usahawan, bakal usahawan dan pihak-pihak yang berkaitan. Memberi bimbingan dan menyediakan pusat rujukan keusahawanan bagi usahawan, bakal usahawan dan pihak-pihak yang berkaitan.



HUBUNGI INSKEN :


Institut Keusahawanan Negara


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Aras 2-3 Blok Menara MECD,


No. 18, Persiaran Perdana, Presint 262652 Putrajaya.


Tel : 03-88805725/ 5720/ 5723/ 5721/ 5857/ 5818


Faks : 03- 88805793/ 5794/ 5822

Monday, November 5, 2007

Pak Lah mahu Melayu lebih yakin diri sendiri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu orang Melayu menjadi lebih yakin kepada diri sendiri dan menghapuskan perasaan bimbang yang menguasai pemikiran mereka selama ini. “Kebimbangan itu terlalu lama mendominasi pemikiran Melayu. Sudah terlalu lama... 50 tahun merdeka pun masih takut lagi. “Di kalangan orang Melayu profesional, suara-suara takut itu sudah tiada, namun bagi (kebanyakan) orang Melayu, mereka masih menyuarakan suara kebimbangan,” kata Perdana Menteri.

Presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa mereka tidak boleh terus mengharapkan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau bantuan kerajaan semata-mata. “Orang Melayu kena belajar berdikari dan belajar berdaya saing. Kita perlu membantu mereka yang benar-benar ingin berniaga dan berusaha,” katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia menjelang Perhimpunan Agung Umno 2007, yang diterbitkan, semalam.

Perdana Menteri berkata: “Saya mahu orang Melayu memanfaatkan peluang diberi dengan cara yang terbaik. Kerajaan menyediakan banyak peluang, terutama di koridor pembangunan ekonomi, jadi mereka perlu menunjukkan keberanian dan ambil inisiatif untuk menjayakan peluang ini. “Tiada jalan senang untuk maju. Hanya yang berilmu dan berpengetahuan, sabar dan tekun yang akan berjaya akhirnya.”

Abdullah berkata, bagi mengubah minda manusia memang mengambil masa yang lama “tetapi saya sudah banyak kali berkata, Melayu bukannya bodoh atau lemah.” Mengenai pandangan bahawa wujud perbezaan antara kepemimpinan Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertaraf antarabangsa dan kepemimpinan kumpulan pelapis dalam Umno, Perdana Menteri menjawab:

“Orang Melayu memang suka buat pengumuman. Mereka macam ayam bertelur sebiji, satu kampung tahu. Penyu diam saja ketika bertelur, tahu-tahu saja sudah banyak anak. Kita perlu kurangkan bercakap, tetapi banyakkan kerja.”

Bagaimanapun, Abdullah berkata, beliau tidak setuju dengan pandangan pemimpin pelapis Umno tidak dinamik, kerana katanya, ramai anak muda dalam barisan pimpinan Umno sekarang terdiri daripada mereka berkaliber dan berkebolehan. “Saya memang yakin pemimpin pelapis ini dapat membawa Umno ke arah kegemilangan – dengan syarat mereka melengkapkan diri supaya mampu menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.

Merujuk gaya kepemimpinannya, Abdullah berkata: “Gaya saya memang saya akan pekakkan telinga bila ada pihak yang cakap tak menentu. Saya lebih suka tumpukan kepada kerja daripada melayan cakap-cakap yang tidak membina.” Mengenai pandangan negatif mengenai Agenda Melayu, beliau berkata, ia timbul kerana kurangnya kefahaman mengenai perkara itu hingga orang berani bercakap mengenainya. “Tapi saya katakan, ia memerlukan pemimpin yang berani untuk membenarkan orang lain bercakap. Ia memerlukan pemimpin yang berani untuk memaafkan dan melupakan, dan memberikan seseorang itu peluang kedua,” katanya.–Bernama

Thursday, November 1, 2007

PKS Bumiputera Sasar India Bagi Produk Halal

NEW DELHI, 29 Okt (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera kini meneroka ke pasaran global dengan India dijangka menjadi pasaran seterusnya untuk memperkenalkan produk makanan halal mereka.

Tidak lama lagi mi, snek, biskut dan minuman ringan halal akan memasuki pasaran India di mana hampir 150 juta penduduk Islam di negara itu akan menjadi pengguna bagi produk buatan Malaysia."Kami telah berada di Timur Tengah dan kini kami menyasarkan India yang merupakan sebuah pasaran yang besar di mana kami boleh mempromosikan 100 peratus produk halal kami," kata ketua pegawai eksekutif PPUB Ventures Sdn Bhd Mohd Zamri Said kepada Bernama di sini.

PPUB menyertai Malaysia Fest selama dua hari yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Delhi untuk mempamerkan syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam perniagaan di India. Festival itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara India dan Malaysia."Kami membawa kira-kira 80 produk keluaran PKS Bumiputera di bawah bimbingan MARA, kebanyakannya minuman ringan dan produk makanan yang kami rancang untuk perkenalkan dalam pasaran India," kata Zamri."Ini merupakan tahap pertama kami dan kami berharap dapat memasuki pasaran India pada awal tahun depan," katanya.Zamri berkata syarikat itu juga mengunjungi China, Mesir dan Jepun untuk meneroka peluang pasaran bagi produk mereka sebelum datang ke India.

Kira-kira 80 PKS Bumiputera dijangka terlibat dalam usaha memperkenalkan produk mereka ke India sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka ke luar negara.PPUB (Pusat Pembelian Usahawan Bumiputera) terlibat dalam memperkenal dan memasarkan produk usahawan di Malaysia dan luar negara.-- BERNAMA

Jakim Sedia Kaji Semula Prosedur Permohonan Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia mengkaji semula Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diterbitkannya pada 2005 bagi membantu menggalakkan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata sebuah pasukan khas akan ditubuhkan awal bulan depan bagi mengkaji semula prosedur sedia ada berikutan aduan dan rungutan daripada usahawan IKS.Usahawan IKS mendakwa syarat yang dikenakan oleh Jakim untuk mendapatkan sijil halal adalah sukar dan merumitkan."Bagi prosedur yang berkaitan dengan standard pensijilan halal, pihak Jakim akan merujuk kepada Jabatan Standard Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya sekiranya semua proses kajian semula prosedur berjalan lancar, Jakim akan memperakukan manual baru bagi prosedur pensijilan halal awal tahun depan.Katanya syarat wajib seperti keperluan pendaftaran syarikat dan sebagainya perlu dipatuhi oleh usahawan IKS dan Jakim tidak akan bertolak ansur dalam hal ini bagi memastikan kredibiliti logo halal Malaysia terjamin.-- BERNAMA

Tuesday, October 9, 2007

SELAMAT HARI RAYA!!


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kpd kwn2 yg. dihormati sekalian..Semoga Roh Ramadhan terus subur dlm diri kita semua..SELAMAT :)

Tuesday, October 2, 2007

NAK BELAJAR BUAT FRANK? :)


Selama 2 bulan setengah bekerja sbg QC Halal Officer di sebuah kilang memproses makanan segera berasaskan daging telah memberikan saya sedikit sebanyak pengalaman dan kefahaman dalam aktiviti pemprosesan makanan ini.

Sosej, daging burger, nugget, karipap, pizza, samosa n etc semua dah pernah saya tgk sendiri cara penyediaannya..huhu sungguh menarik dan tertarik utk mengetahuinya..w'pun suasana sgt bising dengan hentaman mesin silih berganti, namun ia tetap memberikan pengalaman berharga buatku..

Bukanlah susah sgt nak usahakan bisnes nie..Org Melayu pun boleh buat juga..asalkan ada keazaman n kesungguhan, kita boleh berjaya..untung? BOLEH UNTUNG punya jika kita tahu & pandai menguruskannya..tambahan pula pada masa kini, permintaan terhadap produk Halal dan keluaran bumiputra sangat baik..kerajaan pula dari semasa ke semasa memberikan peluang dan galakan kepada kita utk menceburi bidang keusahawanan ini..so, rebutlah peluang yg ada nie..


So apa resipi nak buat nugget, sosej n etc nie???

USAHA, AZAM, KESUNGGUHAN, KEGIGIHAN, KOMITED & TAWAKKAL jadi RESIPI UTAMANYA..fikir2kan...:)

ALHAMDULILLAH..








Alhamdulillah.. tahun 2007 memberikan seribu makna berharga dalam hidupku..
segala-galanya seakan sempurna dlm hidup..dah bergraduasi, dan mempunyai kerja tetap yang diidamkan selama ini..Syukur pada Mu Ya Rabbi..Syukur di atas kurniaanmu kpd hambaMu ini..tp ada perkara yg belum sempurna..huhu..apapun, syukur, syukur, syukur, Ya Allah..(baca ikut lagu raihan) :)